Tuesday, 8 March 2011

Keindahan Hati Bermula Dari Ilmu Tasawuf


AKAL
 
Pengertian pertama: pengetahuan tentang hakikat segala keadaaan, ibarat dari sifat-sifat ilmu yang tempatnya di hati.

Pengertian kedua: ialah yang memperolehi pengetahuan sifat-sifat orang yang berilmu (yang alim dengan ilmunya), tempat pengetahuan , yang mengetahui, yang halus dari manusia dan yang merasa.

Ahli fikir (ahli hikmah): menjadikan contoh bagi akal iaitu di suruh menolak  godaaan dan tipuan syaitan dengan membuka tipuannya dengan pandangan hati yang tembus dan cahayanya yang cemerlang terang.

DAN

Memecahkan kerakusan babi (nafsu syahwat) dengan penguasaan anjing (marah) atau babi dan di tolak kegalakan anjing dengan penguasaan babi atau anjing .

Al-Hadith

"Yang pertama-tama dijadikan oleh Allah ialah akal”
Akal adalah nur hati, dengan nur hati  seseorang hamba melihat ke akhirat. Dalam kegelapan hawa(nafsu) maka ia menjadi hairan dan merasa lazat melalui jalan celaka. Jika terbuka nur akal, bercahaya dan kuat  maka padam api hawa, hilang gelap DAN ilmu menunjuki  atas hawa dan dapat dibezakan sesuatu dan terbukalah kebenaran dan beramal mengikut jalan akhirat.                       

(Minhaj Al-Abidin)                                                                                       
 
AKAL TERBAHAGI 2:

1)        Akal Gharizi
Sesuatu yang halus (seni) tertanam pada manusia dan disediakan untuk mengingati ilmu dan makrifat.

2)Akal Mustafad atau Akal Kasbi.
Iaitu ada makrifat dan ilmu teori (yang diperolehi menerusi penyelidikan atau berfikir)

(Hayatul Qulub)

Soalan: Mengapa akal tertakhluk kepada nafsu yang jahat?
Jawab: Jika ia(akal) tidak diisi dengan ilmu, di samping itu nafsu yang ditemani iblis senantiasa mendorong akal supaya melakukan dan membuat keputusan mengikut sifat nafsu itu sendiri.
                                                                                (Usul Kerohanian Islam)

Di dalam otak terdapat ribuan saraf yang menjadi rumah pada akal, setiap saraf mempunyai fungsi sendiri:

1. Manik- Nur yang menerima dan menangkap ilmu dengan cepat dan terang.
2. Fikir- Membezakan antara benar dan salah.
3. Sukma- Membezakan antara manusia dan haiwan.
4. Budi- Bertimbang rasa dan berperi kemanusiaan.
5. Rasa- Mengenai perasaan tanggungjawab.



Tanda-tanda orang yang berakal:

a)  Meninggalkan kemuliaan dunia.
b) Meninggalkan takbur.
c) Suka membuat ibadat.
d) Suka berbuat jalan yang berkebajikan.
e) Benci kepada jalan kejahatan.
f) Banyak kasihnya kepada orang alim serta baik adab.
g) Membalas jasa orang kepadanya.
h) Bersegera membayar hutang.
i)  Meninggalkan marah.
j) Murah tangannya bersedekah serta manis mulut dan mukanya.
k) Banyak belas kasihan kepada kaum kerabat.
l)  Tiada mahu makan yang haram.
m)Tidak mahu mengenakan orang dan terkena.
n)Benci kepada orang berbuat kebesaran dan kemegahan kerana ditilik dalam hatinya pekerjaan tiada memberi manfaat dunia dan akhirat.

                                                                             (Kasyfu Al-Asrar)


Mengenal sifat otak manusia
a) Bersifat “synergy” (bertenaga).
b) Sukakan ilmu pengetahuan.
c) Respon kepada yang benar.
d) Bersifat cekal (persistent).
  
Manusia dilengkapi dengan 5 jenis otak

1.   Otak Pusat Saraf yang letaknya ditengah-tengah kepala.
2. Otak Pusat Kesedaran yang letaknya dibahagian belakang.
3. Otak Pusat Kemahuan yang letaknya dipinggir kepala kanan.
4. Otak Pusat Ingatan yang letaknya dipinggir kepala kiri.
5. Otak Pusat Akal (Otak Pemikir) letaknya dibahagian kepala kanan.



ROH

Manusia itu mempunyai 3 jenis roh

1.   Roh Jasadi @ Roh Idhofi
2.  Roh Rohani
3.  Roh Sultani @ Roh Rabbani

Fungsi Roh Jasadi

-        Mengatur pernafasan dan mengalirkan perjalanan darah dari jantung keseluruh tubuh badan.
-         Ia akan berfungsi terus sehingga saat ajal.
-         Ia tidak mempunyai perasaan apa-apa.

Fungsi Roh Rohani

-         Mengetahui sakit dan senang.
-         Tahu berkira rasa dan membuat pertimbangan
-         Dia yang menampung ilmu,penyelidikan dan pengalaman-pengalaman.
-         Dia yang menjadikan manusia maju dalam hidupnya.
-         Dia yang amat berharga.
 
Fungsi Roh Sultani

-         Dia bertempat dihati sanubari manusia.
-         Dia yang memerintah dan yang berkuasa.
-         Roh Rohani di bawahkekuasaannya.
-         Baik dia, baik seluruhnya.
-         Jahat dia, jahat seluruhnya.



Ulama’ lslam lain membahagikan Roh ini kepada 2 bahagian.

1.    Roh Muntaqilah (Roh yang berpindah-pindah) iaitu Roh Rohani dan Roh Sultani.
2.  Roh Mustaqirrah (Jiwa yang ditetapkan sehingga masa ajalnya} iaitu Roh Jasadi.


"Subbahan-Allah sesungguhnya kita sebagai umat manusia tidak layak untuk bertanyakan tentang kejadian dan asal-usul penciptaan roh"



Monday, 7 March 2011

10 Amalan Yang Terbalik

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut
oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:


1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir

makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
 5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.



6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih
berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atautidak,bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.Sedangkanyang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga
kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kitamenurut landasandan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.


Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat."
(Riwayat Bukhari)

Hakikat Kehidupan Yang Berlaku Di Akhir Zaman


Renung-renungkanlah wahai saudara dan saudari islamku adakah ini menjadi habuan ibumu sedangkan mereka menatang kamu seperti minyak yang penuh dan kamu memberi layanan seperti seseorang yang tidak ada hubungan denganmu.Betullah apa yang di hebahkan 10 orang anak masih boleh dijaga oleh ibu tetapi 1 orang ibu belum tentu dapat dijaga.

Harta boleh dibeli,
Duit boleh dicari,
Isteri boleh diganti,
Tetapi sekali ibumu pergi,
Tidak akan sesekali dapat dibeli,
Tidak akan sesekali dapat dicari,
Tidak akan sesekali dapat diganti,
Hargailah mereka selagi umur mereka sedia ada.

Memelihara Diri Daripada Perkara Yang Haram

Melihat Perkara Yang Haram

Wajib menjaga mata daripada tiga perkara :

1.Melihat kepada Muslim dengan pandangan yang menghinakan.
2.Memerhatikan aib Muslim.
3.Memandang kepada kecantikan perempuan ajnabi (bukan mahram) atau kanak-kanak lelaki yang hampir baligh dengan pandangan syahwat.



Mendengar Perkara Yang Haram

Wajib menjaga telinga daripada mendengar perkara bid'ah dalam agama dan aqidah.Begitu jua,mendengar perkara mengumpat,kejian,mencarut,cumbuan suara wanita menyanyi,alunan muzik,dan gitar tanpa batasan.Ini bermaksud Allah menjadikan telinga untuk dimanfaatkan sebaik mungkin,antaranya mendengar kalam Allah dan Rasul-Nya.Justeru itu,mendengar perkara yang tidak baik bermakna seseorang telah menyimpang daripada tujuan asal dan kelak akan menyesal dan rugi.Bahkan lebih baik kejadian itu ditiadakan.


Alunan Yang Merdu Ialah Alunan Ayat-Ayat Allah dan Ia Adalah Lebih Baik Daripada Gemersiknya Suara Wanita.

Amal Anggota Yang Dicela Oleh Agama

1.Zina dan mukaddimahnya.
2.Mencuri.
3.Minum arak.
4.Menyakiti kedua ibu bapa.
5.Lari dari medan perang.
6.Membunuh manusia tanpa hak.
7.Marah melampaui batas.


" Jauhilah Perbuatan Yang Terkutuk ini!!!Anda Mampu Mengawalnya"

Penyucian Jiwa Dari Sifat Tercela


Pemakanan Yang Melampau 

Makan yang melampau dibenci oleh syarak kerana ia menimbulkan pelbagai kesan syahwat yang negatif.Sifat tersebut melahirkan syahwat jimak.Bertambahnya syahwat jimak dan syahwat makan menimbulkan pula syahwat untuk memiliki harta.Malah ia menjadi punca kepada sifat kemegahan dan keangkuhan.keinginan kepada kasih dan kemegahan serta keangkuhan menjadi punca kepada beberapa perkara yang tidak baik,seperti perseterusan,perbalahan,perlumbaan,permusuhan,hasad dengki,takabbur,iri hati dan sebagainya.Rasulullah S.A.W menekankan perkara ini dan bersabda yang bermaksud :"Malikat langit tidak mendekati mereka yang perutnya penuh makanan".Dan ingatlah wahai manusia,malulah kamu terhadap Allah dengan sebenar-benar malu.Sesiapa yang malu terhadap Allah dengan sebenar-benar malu,maka hendaklah dia tetapkan kenderaannya dihadapan mata dan pelihara kepala yang dilingkunginya serta perut yang diisinya kerana semua itu akan hancur di dalam kubur!!segala-galanya bermula dengan nafsu makan yang melampau dan sekaligus membawa diri manusia ke kancah maksiat.

Kebaikan Berlapar

1.Bersih hati dan tajam pandangan hati.Bahkan kenyang itu mewariskan kecetekan fikiran dan buta hati,sedangkan kunci kebahagiaan adalah mengenal Allah dan tanda-tanda kebesaranNya.
2.Hati nurani dapat merasai nikmat bermunajat dan zikir kepada Allah serta kesan terhadap ibadat.
3.Menimbulkan rasa hina diri terhadap Allah S.W.T serta jauh diri daripada perasaan marah,ganas dan derhaka.
4.Ringan badan untuk beribadat.Antara lain faedah lapar ialah ringan badan untuk mengerjakan amal ibadah,terutamanya bertahajud,berjaga malam dan berwirid.



Mengumpat

Mengumpat ialah perbuatan yang haram,berdasarkan nas al-Quran dan al-hadith serta ijmak para ulama.Takrif mengumpat adalah sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yan bermaksud "Bahawasanya engkau sebut kepada saudaramu sesuatu yang dia benci sekiranya sampai kepada pengetahuannya.Menyebarkan perkataan yang buruk kepada orang lain adalah lebih buruk daripada perbuatan mengumpat.Allah berfirman dalam Surah al-Nur ayat 19 bermaksud :
"mereka yang gemar menyebarkan kejahatan kepada mereka yang beriman akan menerima seksa yang pedih didunia dan diakhirat".


Enam Perkara Yang Diharuskan Mengumpat
 
1.Menyatakan kezaliman kepada sultan.
2.Meminta bantuan pihak lain untuk mencegah kemungkaran.
3.Pihak yang mengeluarkan fatwa atau nasihat jika perlu disebutkan.
4.Memberi peringatan kepada Muslim daripada kejahatan orang lain,termasuk kesalahan saksi. 
5.Sesuatu gelaran yang memberi kebaikan dan kemaslahatan kepada penama berkenaan.
6.Menunjukkan orang yang diumpat itu sememangnya zalim,fasik,jahat sedangkan mereka pula tidak berasa benci apabila kejahatan mereka disebut-sebut orang.


Memandang Diri Bersih

Perbuatan memuji diri sendiri dengan banyak pujian seperti mengakui memiliki ilmu agama yang tinggi ialah perbuatan yang haram.Firman Allah taala yang bermaksud :
"Janganlah kamu memuji diri kamu sendiri,Dialah (Allah) yang lebih mengetahui siapa yang bertaqwa kepadaNya". (Surah al-Najm  :32)
Manakala orang yang memuji dirinya sendiri juga tidak akan terlepas daripada perasaan riyak dan 'ajab.Jika tidak betul apa yang dikatakan oleh seseorang itu,maka dia berdusta.Terdapat beberapa kesalahan memuji seseorang,iaitu :
1.Kadangkala memuji itu menjadi dusta kerana memuji dengan berlebihan.
2.Menyatakan dia kasih kepada yang dipuji,tetapi sebaliknya itu adalah sifat munafiq.
3.Memperlakukan sesuatu yang belum tentu kebenarannya,maka dia telah bersifat mengandai-andaikan sesuatu perkara tersebut.
4.Pujian yang menjadikan seseorang itu takabbur dan 'ajab,yang kedua-duanya adalah sifat kecelakaan.