Monday 7 March 2011

Penyucian Jiwa Dari Sifat Tercela


Pemakanan Yang Melampau 

Makan yang melampau dibenci oleh syarak kerana ia menimbulkan pelbagai kesan syahwat yang negatif.Sifat tersebut melahirkan syahwat jimak.Bertambahnya syahwat jimak dan syahwat makan menimbulkan pula syahwat untuk memiliki harta.Malah ia menjadi punca kepada sifat kemegahan dan keangkuhan.keinginan kepada kasih dan kemegahan serta keangkuhan menjadi punca kepada beberapa perkara yang tidak baik,seperti perseterusan,perbalahan,perlumbaan,permusuhan,hasad dengki,takabbur,iri hati dan sebagainya.Rasulullah S.A.W menekankan perkara ini dan bersabda yang bermaksud :"Malikat langit tidak mendekati mereka yang perutnya penuh makanan".Dan ingatlah wahai manusia,malulah kamu terhadap Allah dengan sebenar-benar malu.Sesiapa yang malu terhadap Allah dengan sebenar-benar malu,maka hendaklah dia tetapkan kenderaannya dihadapan mata dan pelihara kepala yang dilingkunginya serta perut yang diisinya kerana semua itu akan hancur di dalam kubur!!segala-galanya bermula dengan nafsu makan yang melampau dan sekaligus membawa diri manusia ke kancah maksiat.

Kebaikan Berlapar

1.Bersih hati dan tajam pandangan hati.Bahkan kenyang itu mewariskan kecetekan fikiran dan buta hati,sedangkan kunci kebahagiaan adalah mengenal Allah dan tanda-tanda kebesaranNya.
2.Hati nurani dapat merasai nikmat bermunajat dan zikir kepada Allah serta kesan terhadap ibadat.
3.Menimbulkan rasa hina diri terhadap Allah S.W.T serta jauh diri daripada perasaan marah,ganas dan derhaka.
4.Ringan badan untuk beribadat.Antara lain faedah lapar ialah ringan badan untuk mengerjakan amal ibadah,terutamanya bertahajud,berjaga malam dan berwirid.



Mengumpat

Mengumpat ialah perbuatan yang haram,berdasarkan nas al-Quran dan al-hadith serta ijmak para ulama.Takrif mengumpat adalah sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yan bermaksud "Bahawasanya engkau sebut kepada saudaramu sesuatu yang dia benci sekiranya sampai kepada pengetahuannya.Menyebarkan perkataan yang buruk kepada orang lain adalah lebih buruk daripada perbuatan mengumpat.Allah berfirman dalam Surah al-Nur ayat 19 bermaksud :
"mereka yang gemar menyebarkan kejahatan kepada mereka yang beriman akan menerima seksa yang pedih didunia dan diakhirat".


Enam Perkara Yang Diharuskan Mengumpat
 
1.Menyatakan kezaliman kepada sultan.
2.Meminta bantuan pihak lain untuk mencegah kemungkaran.
3.Pihak yang mengeluarkan fatwa atau nasihat jika perlu disebutkan.
4.Memberi peringatan kepada Muslim daripada kejahatan orang lain,termasuk kesalahan saksi. 
5.Sesuatu gelaran yang memberi kebaikan dan kemaslahatan kepada penama berkenaan.
6.Menunjukkan orang yang diumpat itu sememangnya zalim,fasik,jahat sedangkan mereka pula tidak berasa benci apabila kejahatan mereka disebut-sebut orang.


Memandang Diri Bersih

Perbuatan memuji diri sendiri dengan banyak pujian seperti mengakui memiliki ilmu agama yang tinggi ialah perbuatan yang haram.Firman Allah taala yang bermaksud :
"Janganlah kamu memuji diri kamu sendiri,Dialah (Allah) yang lebih mengetahui siapa yang bertaqwa kepadaNya". (Surah al-Najm  :32)
Manakala orang yang memuji dirinya sendiri juga tidak akan terlepas daripada perasaan riyak dan 'ajab.Jika tidak betul apa yang dikatakan oleh seseorang itu,maka dia berdusta.Terdapat beberapa kesalahan memuji seseorang,iaitu :
1.Kadangkala memuji itu menjadi dusta kerana memuji dengan berlebihan.
2.Menyatakan dia kasih kepada yang dipuji,tetapi sebaliknya itu adalah sifat munafiq.
3.Memperlakukan sesuatu yang belum tentu kebenarannya,maka dia telah bersifat mengandai-andaikan sesuatu perkara tersebut.
4.Pujian yang menjadikan seseorang itu takabbur dan 'ajab,yang kedua-duanya adalah sifat kecelakaan.

No comments:

Post a Comment