Tuesday 8 March 2011

Keindahan Hati Bermula Dari Ilmu Tasawuf


AKAL
 
Pengertian pertama: pengetahuan tentang hakikat segala keadaaan, ibarat dari sifat-sifat ilmu yang tempatnya di hati.

Pengertian kedua: ialah yang memperolehi pengetahuan sifat-sifat orang yang berilmu (yang alim dengan ilmunya), tempat pengetahuan , yang mengetahui, yang halus dari manusia dan yang merasa.

Ahli fikir (ahli hikmah): menjadikan contoh bagi akal iaitu di suruh menolak  godaaan dan tipuan syaitan dengan membuka tipuannya dengan pandangan hati yang tembus dan cahayanya yang cemerlang terang.

DAN

Memecahkan kerakusan babi (nafsu syahwat) dengan penguasaan anjing (marah) atau babi dan di tolak kegalakan anjing dengan penguasaan babi atau anjing .

Al-Hadith

"Yang pertama-tama dijadikan oleh Allah ialah akal”
Akal adalah nur hati, dengan nur hati  seseorang hamba melihat ke akhirat. Dalam kegelapan hawa(nafsu) maka ia menjadi hairan dan merasa lazat melalui jalan celaka. Jika terbuka nur akal, bercahaya dan kuat  maka padam api hawa, hilang gelap DAN ilmu menunjuki  atas hawa dan dapat dibezakan sesuatu dan terbukalah kebenaran dan beramal mengikut jalan akhirat.                       

(Minhaj Al-Abidin)                                                                                       
 
AKAL TERBAHAGI 2:

1)        Akal Gharizi
Sesuatu yang halus (seni) tertanam pada manusia dan disediakan untuk mengingati ilmu dan makrifat.

2)Akal Mustafad atau Akal Kasbi.
Iaitu ada makrifat dan ilmu teori (yang diperolehi menerusi penyelidikan atau berfikir)

(Hayatul Qulub)

Soalan: Mengapa akal tertakhluk kepada nafsu yang jahat?
Jawab: Jika ia(akal) tidak diisi dengan ilmu, di samping itu nafsu yang ditemani iblis senantiasa mendorong akal supaya melakukan dan membuat keputusan mengikut sifat nafsu itu sendiri.
                                                                                (Usul Kerohanian Islam)

Di dalam otak terdapat ribuan saraf yang menjadi rumah pada akal, setiap saraf mempunyai fungsi sendiri:

1. Manik- Nur yang menerima dan menangkap ilmu dengan cepat dan terang.
2. Fikir- Membezakan antara benar dan salah.
3. Sukma- Membezakan antara manusia dan haiwan.
4. Budi- Bertimbang rasa dan berperi kemanusiaan.
5. Rasa- Mengenai perasaan tanggungjawab.



Tanda-tanda orang yang berakal:

a)  Meninggalkan kemuliaan dunia.
b) Meninggalkan takbur.
c) Suka membuat ibadat.
d) Suka berbuat jalan yang berkebajikan.
e) Benci kepada jalan kejahatan.
f) Banyak kasihnya kepada orang alim serta baik adab.
g) Membalas jasa orang kepadanya.
h) Bersegera membayar hutang.
i)  Meninggalkan marah.
j) Murah tangannya bersedekah serta manis mulut dan mukanya.
k) Banyak belas kasihan kepada kaum kerabat.
l)  Tiada mahu makan yang haram.
m)Tidak mahu mengenakan orang dan terkena.
n)Benci kepada orang berbuat kebesaran dan kemegahan kerana ditilik dalam hatinya pekerjaan tiada memberi manfaat dunia dan akhirat.

                                                                             (Kasyfu Al-Asrar)


Mengenal sifat otak manusia
a) Bersifat “synergy” (bertenaga).
b) Sukakan ilmu pengetahuan.
c) Respon kepada yang benar.
d) Bersifat cekal (persistent).
  
Manusia dilengkapi dengan 5 jenis otak

1.   Otak Pusat Saraf yang letaknya ditengah-tengah kepala.
2. Otak Pusat Kesedaran yang letaknya dibahagian belakang.
3. Otak Pusat Kemahuan yang letaknya dipinggir kepala kanan.
4. Otak Pusat Ingatan yang letaknya dipinggir kepala kiri.
5. Otak Pusat Akal (Otak Pemikir) letaknya dibahagian kepala kanan.



ROH

Manusia itu mempunyai 3 jenis roh

1.   Roh Jasadi @ Roh Idhofi
2.  Roh Rohani
3.  Roh Sultani @ Roh Rabbani

Fungsi Roh Jasadi

-        Mengatur pernafasan dan mengalirkan perjalanan darah dari jantung keseluruh tubuh badan.
-         Ia akan berfungsi terus sehingga saat ajal.
-         Ia tidak mempunyai perasaan apa-apa.

Fungsi Roh Rohani

-         Mengetahui sakit dan senang.
-         Tahu berkira rasa dan membuat pertimbangan
-         Dia yang menampung ilmu,penyelidikan dan pengalaman-pengalaman.
-         Dia yang menjadikan manusia maju dalam hidupnya.
-         Dia yang amat berharga.
 
Fungsi Roh Sultani

-         Dia bertempat dihati sanubari manusia.
-         Dia yang memerintah dan yang berkuasa.
-         Roh Rohani di bawahkekuasaannya.
-         Baik dia, baik seluruhnya.
-         Jahat dia, jahat seluruhnya.



Ulama’ lslam lain membahagikan Roh ini kepada 2 bahagian.

1.    Roh Muntaqilah (Roh yang berpindah-pindah) iaitu Roh Rohani dan Roh Sultani.
2.  Roh Mustaqirrah (Jiwa yang ditetapkan sehingga masa ajalnya} iaitu Roh Jasadi.


"Subbahan-Allah sesungguhnya kita sebagai umat manusia tidak layak untuk bertanyakan tentang kejadian dan asal-usul penciptaan roh"



No comments:

Post a Comment